Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi dahului Prabowo dalam kiraan undi awal

Apr 17, 2019 | 05:52 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi mendahului pesaingnya, Encik Prabowo Subianto, sebanyak 7 hingga 11 peratusan mata, menurut lima peninjau undi.



Kiraan awal oleh Poltracking Indonesia yang berpangkalan di Jakarta misalnya menunjukkan bahawa Encik Jokowi meraih 55.5 peratus undi berbanding Encik Prabowo yang mendapat 44.5 peratus undi.



Sementara itu, Indo Barometer pula menunjukkan bahawa Encik Jokowi meraih 53.5 peratus undi berbanding Encik Prabowo yang mendapat 46.5 peratus undi.



Bagaimanapun, pasukan Encik Praowo mendakwa bahawa calon mereka yang mendahului dalam pilihan raya presiden itu.



Pengarah kempen Sugiono memberitahu media bahawa pasukannya telah menjalankan penilaian mereka sendiri dan mendapati bahawa Encik Prabowo serta gandingannya, Encik Sandiaga Uno, mendahului pesaing mereka di 5,475 pusat mengundi di 34 wilayah.



Tambahnya, Encik Prabowo dan Encik Sandiaga meraih 55.4 peratus undi sementara Encik Jokowi dan gandingannya, Dr Ma'ruf Amin, mendapat 42.8 peratus undi.



Dalam pada itu, kedua-dua calon presiden melahirkan sikap optimis tentang peluang mereka memenangi pilihan raya kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >