Jokowi gesa menteri perkukuh peraturan, wujudkan pekerjaan
Oct 25, 2019 | 05:30 AM
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (juga lebih dikenali sebagai Jokowi) semalam mengarahkan anggota Kabinet barunya agar memudahkan rangka kerja kawalan selia negara itu dalam bulan pertama memegang jawatan. Beliau juga menekankan bahawa keutamaan pentadbiran barunya adalah mewujudkan pekerjaan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Encik Jokowi mengalu-alukan menteri dalam Kabinet penggal keduanya semalam, dengan separuh daripada menteri itu merupakan teknokrat sementara separuh lagi mempunyai kaitan dengan parti politik.