Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi gesa perogol dikenakan hukuman lebih berat

May 05, 2016 | 11:00 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, menggesa hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang merogol dan membunuh seorang pelajar berusia 14 tahun, dalam kes yang mencetuskan kemarahan meluas dan gesaan agar undang-undang lebih tegas diadakan bagi melindungi wanita dan kanak-kanak di negara ini.



"Kita semua sedih dengan pemergian tragis YY," katanya dalam pos tweet pada Rabu (4 Mei), merujuk kepada parap pelajar itu.



"Tangkap dan hukum pelakunya seberat mungkin. Wanita dan kanak-kanak mesti dilindungi daripada keganasan."



Pelajar itu dalam perjalanan balik ke rumah dari sekolah di Bengkulu, Sumatera Selatan, apabila dia dipercayai diheret ke dalam hutan oleh seseorang yang dikenalinya, dirogol dengan kejam dan kemudian dibunuh. Mayatnya ditemui dibuang di dalam gaung dua hari kemudian.



Jenayah itu berlaku awal April tetapi kemarahan meluas sejak beberapa hari lalu selepas laporan mengenainya tersebar di media sosial.



Polis telah menangkap 12 suspek, tujuh daripada mereka remaja lelaki bawah 17 tahun. Dua lagi suspek masih bebas.



Menteri Perkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, Cik Yohana Yembise, yang menyertai 117 aktivis hak asasi manusia mengutuk "tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan" itu, menuntut agar Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Keganasan Seksual yang digubal pada 2014, yang meliputi rogol, gangguan seksual, eksploitasi seksual dan pelbagai kesalahan lain berkaitan seks.



Ia memperuntuk hukuman lebih berat, termasuk penjara seumur hidup bagi kesalahan rogol yang menyebabkan kematian, dan perlindungan lebih baik bagi mangsa rogol.



Cik Yohana berkata dalam satu sidang media pada Rabu bahawa hukuman penjara semasa hingga 15 tahun bagi kesalahan berkaitan seks tidak mencukupi untuk menangani masalah itu.



Suruhanjaya Kebangsaan bagi Keganasan Terhadap Wanita, atau Komnas Perempuan, yang menggubal Rang tersebut, merekodkan 321,752 kes keganasan terhadap wanita tahun lalu, menurut pesuruhjayanya, Cik Masruchah, kepada akhbar The Straits Times.



Jumlah itu meningkat lebih 28,500 kes daripada 2014.



Cik Mutiara Ika Pratiwi, setiausaha nasional bagi sebuah kumpulan wanita, Perempuan Mahardhika, juga menggesa Parlimen meluluskan undang-undang baru itu secepat mungkin.



"Marilah Jokowi, mana suara anda? Cepat luluskan undang-undang itu," katanya.



"Selalunya apabila budak perempuan itu hamil, ibu bapa atau pemimpin masyarakat memaksa mereka berkahwin dengan perogol mereka. Ini mesti dihentikan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >