Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi: Hubungan dengan Australia masih baik

Jan 05, 2017 | 02:38 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, berkata pada Khamis (5 Jan) hubungan negaranya dengan Australia masih baik walaupun tentera Indonesia mengumumkan pada Rabu semua kerjasama ketenteraan telah digantung.



"Saya rasa hubungan kita dengan Australia kekal dalam keadaan baik. Masalahnya perlu dijelaskan di peringkat operasi terlebih dahulu supaya keadaan tidak menjadi tegang," kata Encik Joko kepada pemberita.



Komen beliau dibuat selepas tentera Indonesia menggantung hubungan dengan rakan mereka di Australia atas "sebab-sebab teknikal", selepas bahan yang dikatakan "menghina" ditemui oleh seorang pegawai Indonesia di pangkalan latihan Australia.



Pegawai Indonesia berkata pada Rabu bahawa pihak tentera bertindak sendirian apabila ia menggantung kerjasama dengan angkatan tentera Australia minggu lalu.



Jurucakap Presiden Indonesia berkata tiada sembarang perbincangan dengan Presiden mengenai penggantungan itu dan isu tersebut dibesar-besarkan.



"Ini bukan satu keputusan presiden," kata jurucakap Johan Budi.



Hubungan dengan Australia "baik-baik saja", kata Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu, sambil menambah beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu pada Rabu.



"Kita perlu melihat ini dengan betul terlebih dahulu, bukan hanya daripada satu pihak," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >