Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Jokowi: Hukuman mati terhadap 11 pesalah tidak akan dilewatkan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jokowi: Hukuman mati terhadap 11 pesalah tidak akan dilewatkan

Feb 24, 2015 | 02:23 PM

JAKARTA - Presiden Indonesia Joko Widodo berkata rancangan untuk menjalankan hukuman mati terhadap 11 pesalah, kebanyakannya atas sebab kesalahan dadah, tidak akan dilewatkan.

Beliau juga memberi amaran kepada negara asing supaya tidak mencampuri hak Indonesia dalam melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah.

"Perkara pertama yang saya perlu katakan dengan tegas ialah tidak harus ada campur tangan dalam menjalankan hukuman mati kerana ia adalah hak kedaulatan kami untuk melaksanakan undang-undang kami," kata Presiden Widodo kepada wartawan hari ini, Selasa.

Beliau berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada para pemimpin Perancis, Brazil dan Belanda mengenai hukuman mati itu.

Sebelum ini, sebuah mahkamah menolak rayuan dua warga Australia, yang merupakan 11 pesalah itu, agar mereka diberikan keampunan presiden. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3