Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi: Indonesia ingin ganti beberapa jawatan kanan khidmat awam dengan AI pada 2020

Nov 28, 2019 | 04:31 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan agensi pemerintah negara itu untuk menghapuskan dua pangkat kakitangan awam tahun depan dan menggantikan peranan mereka dengan kecerdasan buatan (AI).

Memberi arahan itu semalam, langkah itu bertujuan mengurangkan sekatan atau ‘red tape’ yang menghambat pelaburan.

Encik Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata demikian kepada pemimpin syarikat besar semasa membentangkan agenda penggal kedua yang bertujuan mengubah struktur ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dengan mengurangkan kebergantungannya pada sumber semula jadi.

Encik Jokowi, yang memulakan penggal barunya sebagai Presiden Indonesia selepas memenangi pilihan raya April lalu, berkata negara itu harus beralih kepada perkilangan di tahap lebih tinggi seperti kenderaan elektrik.

Ini akan memerlukan pelaburan asing dan Encik Jokowi berkata beliau akan mempertingkat suasana perniagaan dengan memperbaiki peraturan yang bertindan dan mengurangkan sekatan.

Bagi mengurangkan birokrasi, Encik Jokowi berkata empat pangkat tertinggi dalam agensi pemerintah akan dikurangkan menjadi dua tahun depan.

“Saya telah mengarahkan menteri (yang bertanggungjawab bagi reformasi  pentadbiran dan birokratik) untuk menggantikannya dengan AI.

“Birokrasi kami akan bertambah cepat dengan AI,” ujarnya.

Namun, usulan ini memerlukan kelulusan parlimen.

Beliau bagaimanapun tidak memberi perincian lanjut, termasuk bagaimana AI akan digunakan dan peranan apakah yang akan ditiadakan. – Reuters  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >