JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, mahu tentera negaranya menjadi yang terkuat di rantau ini.
Pemimpin yang lebih mesra dengan panggilan 'Jokowi' itu telah menetapkan sasaran bagi meningkatkan keupayaan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan sektor pertahanan negara itu - bukan sekadar memenuhi sasaran Keperluan Kekuatan Minimum (MEF), tetapi juga merubahnya agar menjadi sebuah angkatan yang dihormati di rantau ini, lapor akhbar The Jakarta Post.