Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi rombak Kabinet dalam usaha pulihkan negara dari pandemik

Dec 22, 2020 | 06:58 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, pada Selasa (22 Dis) telah menggantikan enam menteri dalam satu rombakan Kabinet yang besar dengan tujuan memulihkan negara itu daripada pandemik koronavirus.



Antara lain Encik Budi Gunadi Sadikin, seorang timbalan menteri bagi Badan Usaha Milik Negara yang turut memimpin pasukan bertindak pemulihan ekonomi, telah dipilih Menteri Kesihatan baru menggantikan Dr Terawan Agus Putranto.



Encik Sandiaga Uno, mantan naib gabenor Jakarta yang bertanding semasa Pilihan Raya Umum Presiden sebagai timbalan bagi Encik Prabowo Subianto - kini Menteri Pertahanan - telah dilantik Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, menggantikan Encik Wishnutama Kusubandio.



Encik Joko, juga dikenali sebagai Jokowi, turut menggantikan lagi dua menteri yang telah ditangkap kerana didakwa melakukan penipuan, lapor The Straits Times.



Menteri lain yang turut menyaksikan penggantian ialah: Menteri Laut dan Perikanan; Menteri Hal Ehwal Sosial; Menteri Agama; dan Menteri Perdagangan.



Perasmian menteri baru akan diadakan pada Rabu (23 Dis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >