Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi tangkis dakwaan beliau Kristian, dukung komunis

Jul 03, 2014 | 07:37 PM



CALON presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, menyangkal tuduhan beliau seorang penganut Kristian apalagi mendukung komunis.


Calon yang mesra dengan panggilan 'Jokowi' menyifatkan fitnah itu sebagai satu perbuatan keji.


"Ia penghinaan besar, termasuk ke atas peribadi," ujarnya tegas semasa ditemui pihak media semasa berkempen di Bandung hari ini.


Sebelum ini, beliau telah menangkis fitnah tersebut di laman Facebook beliau sendiri - termasuk menyangkal dakwaan beliau seorang perasuah.


"Alhamdulillah ... Kita mampu membuktikan bahwa kempen negatif dan kempen hitam tentang diri saya satu demi satu telah terbukti tidak benar ...


"Tuduhan bahawa saya orang Singapura? Agen Yahudi? Komunis? Perasuah? dan isu negatif lainnya yang dibuat untuk memisahkan saya dengan para pendukung saya terbukti bohong semua...


"Alhamdulillah sekali lagi, apapun kempen negatif atau kempen hitam yang sekarang dilakukan akhirnya malah tidak ada yang percaya dan menjadi berbalik.


"Terima kasih untuk Allah SWT yang terus menjaga dan melindungi saya dari fitnah yang keji dan kejam.


"Terima kasih juga untuk seluruh Relawan dan pendukung saya dan Pak JK yang terus kompak dan semangat menjaga diri kami berdua," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >