Jokowi tegaskan Indonesia kekal model Islam sederhana

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko (Jokowi) Widodo, berkata kelmarin negaranya kekal sebagai sebuah model Islam sederhana. Ini sekali gus menepis kritikan yang merujuk perhimpunan besar-besaran oleh Muslim radikal dan pemenjaraan ahli politik Kristian kerana kata-kata kufur sebagai bukti reputasinya kian tercemar.

"Pluralisme masih merupakan sebahagian daripada DNA Indonesia," kata Encik Jokowi kepada agensi berita Reuters dalam satu wawancara di istana presiden di Jakarta.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan