Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi temu Putin, Zelensky bagi bincang kesan ekon, hak asasi

Dijadual kunjungi Kyiv dan Moscow selepas wakili Indonesia sebagai negara jemputan di Persidangan Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman
Jun 25, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), akan mengadakan pertemuan dengan barisan pemimpin Ukraine serta Russia pada bulan ini bagi membincangkan isu berkaitan ekonomi dan hak asasi manusia berhubung peperangan yang berlarutan.



Indonesia bakal menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Bali pada November ini dan 'sempat dikritik' pelbagai pihak selepas mengundang Russia untuk menyertai forum berkenaan.



Sejumlah negara, terutamanya Barat sebelum ini mendesak supaya Jakarta tidak menjemput Moscow menyertai persidangan itu susulan peperangan yang berlaku di Ukraine.



Menteri Luar Indonesia, Encik Retno Marsudi, memaklumkan bahawa Encik Jokowi akan mengunjungi Kyiv dan Moscow selepas mewakili Indonesia sebagai negara jemputan di Persidangan Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman yang dijadualkan berlangsung esok dan lusa.



Kunjungan itu melibatkan negara Asia pertama sejak peperangan meletus pada 24 Februari lalu.



"Semasa melawat Kyiv dan Moscow, Presiden (Jokowi) akan berjumpa dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin," kata Encik Retno.



Encik Retno tidak mendedahkan tarikh pertemuan itu, namun Menteri Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD, memaklumkan Encik Jokowi akan bertemu dengan Encik Putin pada 30 Jun ini.



Encik Retno turut menjelaskan Encik Jokowi akan berbincang mengenai krisis makanan global yang didakwa dicetuskan oleh peperangan di Ukraine sehingga Indonesia turut terkesan.



'Lawatan khas' itu akan menunjukkan bahawa Indonesia, sebagai negara tuan rumah G20, sedang giat bertindak balas terhadap isu geopolitik yang sedang berlaku.



Jakarta, seperti juga kebanyakan negara lain, cuba mengekalkan kedudukan neutral dalam peperangan yang berlaku dan menggesa supaya kededua Russia dan Ukraine berdamai segera.



Encik Jokowi juga enggan menghantar senjata kepada Ukraine, sebaliknya menawarkan bantuan kemanusiaan.



Indonesia sebelum ini menjangka sepenuhnya bahawa Russia, antara anggota G20, akan menghadiri sidang puncak itu, manakala Ukraine turut diundang untuk mesyuarat itu sebagai negara jemputan.



Encik Jokowi akan menjadi presiden pertama dari rantau Asia Tenggara yang melawat kedua-dua negara itu sejak konflik tercetus pada Februari lalu.



Konflik antara Russia dan Ukraine, yang telah dilaporkan secara meluas mencetuskan kenaikan harga makanan dan tenaga global.



Sebelum ini, Encik Jokowi menggesa Russia menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.



Encik Jokowi juga menolak permintaan Encik Zelenskyy untuk bekalan senjata, sambil berkata permintaan itu bertentangan dengan dasar luar Indonesia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >