Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi temui Prabowo di stesen MRT, gesa rakyat bersatu gerak ke hadapan

Jul 13, 2019 | 05:14 PM



BUAT kali pertama sejak pilihan raya presiden Indonesia April lalu, Presiden Joko Widodo dan pesaing sengitnya Prabowo Subianto bertemu, malah bersalaman dan berpelukan dalam satu pertemuan yang dinanti-nantikan.



Mereka bertemu di stesen MRT Lebak Bulus di Jakarta Selatan pagi tadi (Sabtu, 13 Jul) pada sekitar 10 pagi dan kemudian menaiki keretapi menuju stesen MRT Senayan di Jakarta Pusat.



Semasa perjalanan mereka yang mengambil kira-kira 18 minit, kedua-dua Encik Jokowi dan Encik Prabowo sempat berbual mesra dalam gerabak yang ditutup.



Mereka kemudian membuat kenyataan bersama setibanya di stesen Senayan, lapor The Straits Times.



"Alhamdulillah, pagi ini kami bertemu dan menaiki MRT kerana saya tahu Pak Prabowo belum pernah mencubanya," kata Encik Jokowi.



Beliau turut menekankan bahawa penyokong dari kedua belah pihak harus bersatu bagi kepentingan nasional.



"Tidak ada lagi yang namanya cebong (berudu). Tidak ada lagi yang namanya kampret (kelawar kecil). Yang ada adalah Garuda Pancasila (lambang nasional).



"Kita gerakkan persatuan kita sebagai bangsa," sambung beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >