Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi ziarah mangsa gempa Aceh

Dec 09, 2016 | 11:23 AM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo melawat pada Jumaat (9 Dis) sebuah hospital di Sigli, antara kawasan yang mengalami kemusnahan teruk akibat gempa bumi sekuat 6.5 di Aceh minggu ini.



Beliau, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, tiba di Tgk Chik Ditiro Sigli Hospital pada kira-kira 8.30 pagi dan bertemu mangsa gempa di sana.



Kebanyakan mangsa sedang dirawat kerana patah tulang, kata kakitangan hospital kepada pemberita, tetapi mereka gembira melihat Encik Jokowi.



Bapa seorang kanak-kanak kecil yang sedang dirawat malah meminta beliau mengambil gambar selfie dengan keluarganya.



Sigli sebuah bandar di Kabupaten Pidie, 60km dari Pidie Jaya, kawasan paling teruk terjejas dan tumpuan usaha menyelamat yang masuk hari ketiga pada Jumaat.



Encik Jokowi seterusnya akan melawat Pidie Jaya untuk memeriksa kerosakan yang ditimpa gempa itu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 102 orang, walaupun kawasan tersebut masih bergegar dek gegaran susulan.



Maklumat terkini menunjukkan sekurang-kurangnya 750 orang cedera, dan jumlah kematian dan kecederaan dijangka meningkat.



Presiden Jokowi tiba di Banda Aceh, ibu kota Aceh, pada petang Khamis selepas berucap pada satu forum demokrasi antarabangsa di Bali.



Selepas bertemu pegawai tempatan pada Khamis malam, beliau melawat mangsa gempa yang dirawat di Hospital Besar Abidin Zainal di Banda Aceh, lapor The Jakarta Post pada Jumaat.



"Adalah penting untuk melihat rawatan perubatan disediakan dengan cepat dan baik, saya perlu melihatnya sendiri," kata Presiden Jokowi.



Lebih 11,100 orang, termasuk di Pidie Jaya, melarikan diri dari rumah mereka kerana bimbang lebih banyak rumah akan akibat gegaran susulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >