Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah pendatang ke Amerika melalui Mexico merosot

Sep 11, 2019 | 03:10 PM



WASHINGTON - Terdapat kemerosotan berkenaan jumlah pendatang ke Amerika Syarikat (AS) melalui Mexico, terutama dari Amerika Tengah, kata Menteri Ehwal Luar Mexico, Marcelo Ebrard, selepas satu mesyuarat Rumah Putih pada Selasa (10 September).



Encik Ebrard menambah beliau menjangka trend ini akan berterusan.



Awal daripada itu, Encik Ebrard telah bertemu dengan Naib Presiden AS Mike Pence, selain mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden Donald Trump, untuk mengkaji kemajuan berhubung usaha mengekang jumlah pendatang ke AS dari Amerika Tengah.



Encik Pence memuji usaha Mexico, dan berkata bahawa pegawai AS akan bekerjasama dengan Mexico untuk memperluas pelaksanaan Protokol Perlindungan Pendatang, supaya ia dapat mempercepat proses menuntut suaka, menurut satu kenyataan Rumah Putih.



Strategi Mexico mengerahkan lebih 25,000 anggota polis tentera National Guard di sempadannya, serta meningkatkan serbuan terhadap penyeludup manusia telah berjaya, munurut Encik Ebrard.



Pada September, Presiden Trump dan pegawai AS turut memuji Mexico dan negara di Amerika Tengah atas bantuan mereka mengurangkan jumlah penangkapan di sempadan AS sebanyak hampir 60 peratus berbanding pada awal 2019. 



Namun isu ini penuh cabarannya terutama menjelang pemilihan presiden AS pada 2020.



Pada 2015/16, Presiden Trump telah berkempen dengan berjanji bahawa beliau akan menyekat jumlah pendatang haram dan jumlah dadah dari Mexico, menurut laporan Reuters.



Namun, pemerintah Mexico selalu menekankan bahawa pertikaian mengenai keselamatan di sempadan AS-Mexico adalah tanggungjawab bersama, dan bukan tanggungjawab Mexico sahaja. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >