Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah pengundi bagi pilihan raya majlis daerah HK pecah rekod

Nov 24, 2019 | 03:56 PM



HONG KONG: Hong Kong mencatatkan jumlah pengundi yang besar dalam pilihan raya untuk memilih ahli majlis daerah yang juga dilihat sebagai kayu ukur populariti pemerintah dan juga parti Ketua Eksekutif Carrie Lam.


Sekitar 1.30 petang hari ini, 37 peratus, atau 1.5 juta daripada bilangan pengundi keseluruhan, iaitu 4.1 juta orang telah mengundi, menurut pejabat pendaftaran dan pemilihan.


Ini sekitar tiga kali lebih tinggi daripada bilangan pengundi bagi pilihan raya daerah sebelum ini, iaitu pada 2015.


Jumah pengundi tertinggi, atau 39.29 peratus, dicatatkan di daerah Sha Tin, di mana sering berlaku tunjuk perasaan dan perhimpunan.


Orang ramai mula beratur di pusat mengundi seawal 7.30 pagi, sebaik sahaja pusat tersebut dibuka. Ada yang menunggu giliran lebih sejam. 





Menurut media tempatan, ramai daripada pengundi terdiri daripada generasi muda.


Seramai 1,090 calon sedang bertanding untuk merebut 452 kerusi.



Ini merupakan kali pertama dalam pilihan raya di mana semua kerusi ditandingi selepas ratusan calon pro-demokrasi muncul semasa kejadian tunjuk perasaan baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >