Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah warga asing yang sertai ISIS berkurangan ketara

Apr 28, 2016 | 11:12 AM



WASHINGTON: Bilangan pejuang asing yang menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) berkurangan ketara tahun lalu kepada kira-kira 200 sebulan, menurut seorang pegawai tentera Amerika Syarikat.



Ia pengurangan drastik daripada kira-kira setahun lalu apabila 1,500 hingga 2,000 pejuang asing menyertai ISIS setiap bulan, kata Mejar Jeneral Peter Gersten daripada Angkatan Udara Amerika, yang menjadi timbalan komander bagi operasi dan perisikan pakatan yang diketuai Amerika, semasa taklimat berita pada Selasa (26 Apr).



Awal bulan ini, Jabatan Negara Amerika berkata bilangan pejuang ISIS di Iraq dan Syria lebih rendah daripada pada bila-bila masa sepanjang dua tahun lalu.



Bagaimanapun, Sweden berkata pada Selasa ia telah menerima maklumat risikan mengenai kemungkinan serangan ke atas ibu kotanya oleh militan ISIS, dan perkhidmatan keselamatan berkata mereka sedang menyiasat.



Syria menjadi inkubator global utama untuk generasi baru militan sedang ISIS merekrut 31,000 pejuang asing dalam tempoh 18 bulan lalu, menurut laporan yang diterbitkan oleh bekas ketua perisik British tahun lalu.



MG Gersten berkata jumlah pejuang yang meninggalkan ISIS juga semakin meningkat, tetapi beliau tidak memberi jumlah tertentu.



"Kami melihat keretakan dalam semangat mereka. Kami melihat ketidakupayaan mereka membayar. Kami melihat ketidakupayaan mereka melawan. Kami melihat mereka cuba meninggalkan Daesh dalam setiap cara yang boleh," katanya, menggunakan singkatan bahasa Arab bagi ISIS.



Sementara itu, akhbar Expressen melaporkan polis keselamatan Sweden menerima maklumat risikan dari Iraq bahawa tujuh atau lapan pejuang ISIS telah memasuki Sweden dengan niat menyerang sasaran awam, mungkin di Stockholm.



Satu sumber keselamatan Iraq berkata enam rakyat Iraq meninggalkan negara itu pada Februari lalu dan memasuki Sweden melalui Turkey.



Ketua mereka ialah seorang pemberontak veteran yang rapat dengan Abu Musab al-Zarqawi, pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda, dan pemimpin ISIS sekarang, Abu Bakr al-Baghdadi, kata sumber itu.



Dia dipenjara beberapa kali oleh tentera Amerika di Iraq semasa pendudukan mereka.



"Mereka mahu menjalankan operasi khas untuk memaksa Sweden menarik diri daripada pakatan tentera antarabangsa" terhadap ISIS, kata sumber itu, merujuk serangan baru-baru di Paris dan Brussels. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >