Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Junta Myanmar bakal bebas 1,600 tahanan di seluruh negara

Apr 18, 2022 | 05:30 AM



YANGON: Junta Myanmar akan membebaskan lebih 1,600 tahanan yang dipenjara di seluruh negara semalam bersempena tahun baru dalam kalendar Buddha.



Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sama ada mereka yang diampunkan pihak berkuasa itu adalah penunjuk perasaan atau penjenayah biasa.



Sejumlah 1,619 banduan, termasuk 42 warga asing, diberi pengampunan dan akan dibebaskan bersempena tahun baru, menurut pengumuman yang disiarkan saluran televisyen tempatan kelmarin.



Namun, masih belum jelas sama ada penunjuk perasaan antijunta atau wartawan yang dipenjarakan kerana membuat liputan rampasan kuasa itu antara individu yang bakal dibebaskan.



Selain itu, junta juga tidak menyebut mengenai ahli akademik Australia, Encik Sean Turnell, yang juga mantan penasihat kepada pemimpin yang digulingkan, Cik Aung San Suu Kyi yang ditahan sebaik rampasan kuasa dilakukan.



Beliau kini dibicarakan kerana didakwa melanggar akta rahsia rasmi, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun.



Butiran tepat mengenai dakwaan kesalahannya belum didedahkan kepada umum walaupun stesen televisyen tempatan berkata beliau mempunyai akses kepada 'maklumat rahsia kewangan negara' dan pernah cuba melarikan diri dari negara itu.



Myanmar biasanya memberikan pengampunan tahunan kepada ribuan banduan untuk memperingati cuti Tahun Bahru Buddha tradisional yang pada tahun sebelumnya disambut meriah di seluruh bandar dengan pesta air atau Songkran.



Bagaimanapun, disebabkan tahun ini tentera junta meneruskan tindakan keras terhadap rakyat, kebanyakan jalan di bandar utama sunyi sebagai bantahan terhadap pemerintahan mereka.



Negara Asia Tenggara itu bergolak sejak Cik Suu Kyi diguling dan susulan daripada itu, tercetusnya bantahan besar-besaran dengan tindakan keganasan turut menyebabkan ramai penduduk terkorban. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >