Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Jururawat Filipina lelah hadapi asakan Covid-19, tak cukup kakitangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jururawat Filipina lelah hadapi asakan Covid-19, tak cukup kakitangan

Sep 19, 2021 | 05:30 AM

MANILA: Ribuan jururawat di Filipina dilaporkan mengalami keletihan melampau menjaga pesakit selepas rakan setugas mereka dijangkiti Covid-19 atau berhenti kerja.

Pengarah kejururawatan di Pusat Perubatan Lipa Medix di wilayah Batangas berkata, jururawat di tempat beliau bekerja kini letih dan mengalami kelesuan.

"Ketika pandemik mula menular, kami ada 200 jururawat tetapi pada bulan ini hanya tinggal 63 orang," katanya.

Beberapa minggu lalu, petugas kesihatan melancarkan protes membantah tidak menerima bayaran elaun termasuk elaun risiko jangkitan Covid-19.

Angka rasmi menunjukkan kira-kira 75,000 jururawat bertugas di hospital kerajaan dan swasta ketika ini tetapi jumlah sebenar diperlukan sekitar 109,000 orang.

Filipina kini merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19, kebanyakannya akibat varian Delta dan jabatan kesihatan melaporkan jumlah jururawat yang bertugas tidak sampai 100,000 orang, mengakibatkan mereka terpaksa bekerja lebih masa dengan bayaran rendah mengikut kontrak jangka pendek.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Jururawat Filipina, Maristela Abenojar berkata, pandemik Covid-19 memburukkan lagi masalah kekurangan jururawat walaupun negara ini antara pengeksport petugas kesihatan terbesar di dunia.

"Kekurangan petugas yang kronik disebabkan gaji yang tidak setimpal. Sebahagian besar jururawat kontrak menerima gaji 22,000 peso ($593) tanpa elaun kecemasan. Mereka yang bekerja di sektor swasta menerima 8,000 peso," katanya.

Difahamkan, seorang jururawat baru yang bekerja menerima gaji 33,575 peso, atau $904, sebulan.

Pesatuan Hospital Swasta Filipina pula mendakwa, kira-kira 40 peratus jururawat di hospital swasta berhenti kerja sejak awal pandemik menular. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3