Juruteknik pesawat hadapi tuduhan sokong kumpulan pengganas IS melalui Facebook
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
SHAH ALAM (Selangor): Seorang juruteknik pesawat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam atas tuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas IS menerusi Facebook dua tahun lepas.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Saiful Bahari Ahmad, 49 tahun, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.