PESAWAT TERHEMPAS DI BANJARAN ALPS
Juruterbang cari cara bunuh diri di Internet
Penyiasat dapati Andreas Lubitz buat carian itu hingga 23 Mac, sehari sebelum nahas berlaku
Apr 04, 2015 | 05:30 AM
DUSSELDORF, Jerman: Pembantu juruterbang yang dikatakan sengaja menjunamkan pesawat Germanwings ke pergunungan Alps Perancis telah membuat carian di internet cara membunuh diri tidak lama sebelum nahas itu yang membunuh 150 orang.
Mengikut penyiasat Jerman, komputer yang ditemui di rumahnya juga menunjukkan Andreas Lubitz, 27, membuat carian mengenai pintu kokpit dan langkah keselamatan yang berkaitan.