Juruterbang Rusia ‘hero’ daratkan pesawat dengan selamat selepas langgar burung

SEORANG juruterbang Rusia ditabal sebagai ‘hero’ semalam selepas berjaya mendaratkan pesawat Airbus dengan 230 penumpang di ladang jagung Moscow selepas melanggar sekumpulan burung. 

Ural Airlines A321 menuju ke China telah melanggar sekumpulan burung sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Zhukovsky Moscow awal semalam, menurut kenyataan agensi kenderaan udara Rosaviatsia. 

Beberapa burung disedut dalam enjin dan kru memutuskan untuk mendarat serta merta di ladang jagung sekitar satu kilometer dari landasan, dengan enjin yang dimatikan. 

Pesawat tersebut membawa seramai 226 penumpang dan tujuh kru.

Kementerian kesihatan berkata 23 orang dihantar ke hospital namun tiada yang cedera parah. Hanya seorang penumpang, seorang wanita berusia 69 tahun mengalami kecederaan sederhana dan perlu kekal di hospital. 

Juruterbang pesawat tersebut, warga Yekaterinburg Encik Damir Yusupov, dipuji kerana mampu berfikir dengan pantas.