Juruterbang wanita cedera ringan dalam nahas helikopter, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Dunia3

Juruterbang wanita cedera ringan dalam nahas helikopter

May 30, 2015 | 05:53 AM

KOTA KINABALU: Seorang juruterbang pelatih wanita bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan walaupun helikopter yang dipandunya terhempas pada ketinggian empat meter dan terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, mangsa, Cik Fatin Nadeera Mohammad Jeffrey, 21 tahun, yang membuat penerbangan secara solo helikopter model 206B hanya mengalami lebam di tangan dan cedera ringan di kaki, lapor Utusan Malaysia semalam.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map