Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Justin Bieber alami kelumpuhan muka, batal konsert

Jun 12, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyanyi Justin Bieber mendedahkan beliau mengalami 'kelumpuhan muka' disebabkan oleh sindrom 'Ramsay Hunt'.



BBC News melaporkan, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata, disebabkan masalah itu beliau mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.



Menurutnya, beliau dijangkiti sindrom 'Ramsay Hunt' selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinganya.



Beliau kini dalam jelajah 'Justice' di Amerika Utara dan telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.



Beliau berkata:



"Virus menyerang saraf di telinga saya dan saraf muka saya sehingga menyebabkan separuh muka saya menjadi lumpuh.



"Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya ini. Lubang hidung ini tidak akan bergerak, jadi berlaku kelumpuhan penuh di bahagian muka saya.



"Oleh itu bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, saya secara fizikal tidak mampu melakukannya," katanya.



Perkongsian Justin itu juga membuat ramai peminat terutama di Malaysia berasa bimbang sekiranya konsert di Singapura Oktober depan akan turut terjejas.



Sebelum ini, isteri Justin iaitu model Hailey Baldwin mendedahkan detik mencemaskan apabila beliau mengalami simptom serangan strok pada Mac lalu.



Hailey memberitahu kejadian itu berlaku ketika beliau sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya.



Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.



Berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, penyanyi lagu 'Peaches' ini mahu berehat sehingga keadaan pulih. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >