Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA: CATATAN

Jutaan warga M'sia terdedah pada Covid-19 jika tidak ikut SOP

Apr 25, 2023 | 05:30 AM



JUTAAN rakyat Malaysia yang pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri mendedahkan diri mereka kepada jangkitan virus Covid19 sekiranya alpa dengan keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP).



Meskipun Malaysia kini melalui Fasa Peralihan Covid-19, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April 2023 berbanding minggu sebelumnya.



Menurut KKM sebahagian besar pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbiditi namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.



Komorbiditi merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu mengalami dua atau lebih penyakit yang dihadapi secara serentak pada masa yang sama dan mungkin saling berkaitan atau tidak jelas hubungannya.



Berikutan itu, awal dari ini, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah meminta anggota jemaah yang menunaikan solat Aidilfitri digalak memakai pelitup dan membawa sejadah sendiri.



Begitu juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff menggalakkan pemakaian pelitup semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau.



Menurut Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 ialah dengan memakai pelitup, membasuh tangan dan penjarakan fizikal.



"Oleh itu, setiap orang perlu memastikan mereka sudah mengambil vaksin sama ada primer (asas) atau dos penggalak, kerana masih ramai yang belum mengambil dos penggalak yang boleh mengurangkan risiko mendapat jangkitan teruk akibat varian seperti XBB.



"Begitu juga golongan rentan yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti Covid-19 yang teruk.



"Mereka yang teruk perlu dimasukkan ke hospital dan ia boleh meningkatkan risiko kematian contoh, orang tua, penghidap kencing manis, darah tinggi, orang kurang upaya (OKU), masalah paru-paru dan penghisap rokok, " katanya kepada Berita Harian.



Sempena sambutan Aidilfitri, Profesor Dr Sharifa Ezat meminta orang ramai agar berhati-hati walaupun wabak itu secara umum nampak sudah reda tetapi risiko dijangkiti masih ada.



"Lebih-lebih lagi sekarang ini musim panas dan berlaku jerebu yang boleh menyebabkan batuk, gatal mata dan kulit. Gejala batuknya hampir sama dengan Covid-19.



"Oleh itu, sekiranya pada musim jerebu ini (individu) menghidapi demam dan (berasa) ragu-ragu dengan penyakit itu, maka perlu segera mendapat nasihat doktor kerana jerebu jarang menyebabkan demam," tambahnya.



Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh pula menggalakkan orang ramai supaya memakai pelitup di kawasan sesak dan mengekalkan penjarakan fizikal bagi membendung penularan virus itu.



"Meskipun sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta bersedia dan cekap untuk menguruskan peningkatan kes seterusnya, ini tidak sepatutnya menjadi alasan bagi orang ramai cuai dengan pencegahan peribadi melawan Covid-19 itu," katanya.



Menurut Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, selain pemakaian pelitup dan mengelak daripada berada di ruang sesak, ujian kendiri dan kuarantin kendiri juga perlu diamalkan, terutamanya bagi mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.



Pada masa yang sama beliau berpandangan pelitup masih satu pilihan tetapi amat digalakkan kerana situasi masa kini tidak seteruk dahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >