Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jutawan Saudi 'tidak sengaja rogol' mangsa

Dec 16, 2015 | 11:12 AM



LONDON: Seorang jutawan Arab Saudi digugurkan daripada tuduhan merogol selepas dia memberitahu mahkamah dia mungkin tidak sengaja memasukkan zakarnya ke dalam faraj seorang remaja apabila dia tersandung sebelum terjatuh.


Pemaju hartanah Ehsan Abdulaziz, 46 tahun, dituduh merogol remaja berusia 18 tahun itu ketika mangsa sedang tidur di sofa flat tertuduh di Maida Vale, barat London, Ogos tahun lalu.


Namun Ehsan mendakwa dia mungkin terjatuh dan menimpa mangsa dengan zakarnya dikatakan terkeluar daripada seluar dalamnya, lapor the MailOnline.


Dia digugurkan daripada satu tuduhan merogol menyusuli satu perbicaraan di Mahkamah Southwark Crown Court.


Mahkamah diberitahu Ehsan menemui mangsa di kelab malam Cirque le Soir di West End pada 7 Ogos tahun lalu.


Mangsa ketika itu bersama rakannya berusia 24 tahun yang mengenali Ehsan.


Tertuduh kemudian membawa kededua ke rumahnya menaiki keretanya Aston Martin.


Setibanya di apartmennya, Ehsan memberi mereka vodka sebelum membawa rakan berusia 24 tahun itu ke bilik tidurnya untuk mengadakan hubungan seks.


Namun, mangsa mendakwa apabila bangun daripada tidur pada awal pagi beliau mendapati Ehsan berada di atasnya dan sedang memaksa dirinya untuk 'memasukinya'.


Namun, tertuduh mendakwa dia sebenarnya mahu memberi mangsa T-shirt supaya dipakai semasa tidur, atau mahu memberinya wang sebagai tambang teksi untuk pulang.


Ehsan juga mendakwa mangsa menarik tangannya ke kelengkangnya, lapor MailOnline. Pada ketika itu tertuduh terjatuh.


"Saya lemah, saya jatuh tapi tiada apa yang berlaku antara saya dengan perempuan ini, tiada apa yang berlaku," kata Ehsan semasa perbicaraan.


Dia juga mendakwa kesan-kesan DNA mungkin boleh ditemui dalam farajnya akibat terjatuh itu kerana tangannya mungkin mempunyai bekas air maninya selepas dia mengadakan hubungan seks bersama rakan mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >