Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Kadar pembunuhan 2019 Mexico tertinggi sejak 1997

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kadar pembunuhan 2019 Mexico tertinggi sejak 1997

Jan 21, 2020 | 05:16 PM

MEXICO CITY: Terdapat hampir 35,000 pembunuhan di Mexico pada tahun lalu, kadar tertinggi sejak 1997, iaitu tahun pertama rekod rasmi dicatatkan, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Angka itu mengatasi kadar tertinggi sebelumnya, yang dicatat pada 2018 dengan 33,743 pembunuhan.

Menurut laporan Sekretariat Keselamatan Awam, kadar pembunuhan tertinggi dicatatkan pada Jun, dengan 2,993 mangsa daripada 34,582 pembunuhan pada 2019.

Terdapat purata 95 pembunuhan sehari pada 2019 di Mexico, sebuah negara yang telah dilanda keganasan sejak tahun 2006 apabila perang terhadap dadah bermula.

Sejak itu, hampir 275,000 orang terbunuh di Mexico, menurut angka rasmi yang tidak menyatakan berapa banyak kes yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, yang pada Disember lalu menamatkan tahun pertama dalam tempoh enam tahun pemerintahannya, sedang berjuang untuk mengekang jenayah kekerasan yang banyak dikaitkan dilakukan oleh kartel dadah Mexico dan kumpulan jenayah lain. - AFP
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3