Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Kadet tentera AS dilarang guna TikTok ketika bertugas

Nov 23, 2019 | 03:31 PM

 

WASHINGTON: Kadet tentera Amerika Syarikat (AS) minggu ini diberi arahan untuk tidak menggunakan aplikasi media sosial milik China, TikTok semasa masih berpakaian seragam, kata jurucakap tentera semalam, menyusuli kebimbangan mengenai data pengguna.

Arahan berkenaan dibuat selepas Demokrat kanan dalam Senat Amerika, Chuck Schumer menggesa pihak tentera mengkaji semula potensi risiko mengenai penggunaan aplikasi video popular itu di kalangan remaja Amerika.

Khamis lalu, Setiausaha Tentera, Ryan McCarthy berkata, pihak mereka sedang melakukan penilaian keselamatan ke atas aplikasi itu yang dimiliki oleh gergasi teknologi China, Beijing ByteDance Technology Co.

Pengurusan Kadet Tentera AS yang mengeluarkan arahan itu bertanggungjawab melatih penuntut universiti dan pelajar sekolah tinggi dengan aspek ketenteraan.

Walaupun anggota kadet masih dibenarkan untuk menggunakan aplikasi berkenaan bagi tujuan peribadi, mereka dilarang membuat sebarang hantaran TikTok ketika menjalankan tugas rasmi atau dalam pakaian seragam.

Pembangun aplikasi berkenaan sebelum ini menegaskan bahawa mereka adalah syarikat bebas yang tidak tertakluk kepada arahan dari Beijing dan memberi jaminan, tiada data pengguna disimpan di China.

TikTok tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mengenai arahan terbaru itu. - Reuters
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian