WASHINGTON: Minuman ringan dan bergula boleh menyebabkan hingga 184,000 kematian setahun di seluruh dunia, demikian menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Circulation baru-baru ini.
Laporan yang pertama seumpamanya itu menganalisis risiko global kematian akibat diabetes, penyakit kardiovaskular dan barah yang dikaitkan dengan peminuman minuman bergula.