Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kamala akan jadi pasangan pilihan raya presiden 2024: Biden

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata Naib Presiden, Cik Kamala Harris, akan menjadi pasangannya dalam pilihan raya presiden 2024 jika beliau mahu bertanding semula.



"Beliau akan menjadi pasangan saya," kata Encik Biden mengenai Cik Harris semasa sidang akhbar yang diadakan sebagai menandakan tahun pertamanya menjadi presiden.



Pada pertengahan Disember lalu, Cik Harris berkata beliau dan Encik Biden belum membincangkan mengenai pilihan raya 2024, di tengah-tengah spekulasi beliau mungkin tidak akan bertanding bagi jawatan Rumah Putih jika Encik Biden memilih untuk tidak bertanding semula.



Dalam satu temu bual dengan Wall Street Journal, apabila ditanya tentang kemungkinan Encik Biden, 79 tahun, bertanding semula, Cik Harris berkata:



"Saya tidak memikirkannya, dan kami juga tidak membincangkannya."



Sebelum ini, Cik Harris mencipta sejarah sebagai wanita pertama dan orang kulit hitam serta Asia-Amerika pertama yang mengangkat sumpah sebagai naib presiden - mulanya kelihatan seperti pengganti Encik Biden.



Namun reputasinya merosot di tengah-tengah laporan negatif yang mendakwa kekecohan dalam kalangan kakitangannya, keraguan tentang kedudukannya dalam pentadbiran dan kekecewaannya terhadap tugasan sukar, seperti akses pengundian minoriti dan krisis penghijrahan di sempadan selatan.



Namun Encik Biden mempertahankan rekod Cik Harris dalam menangani hak mengundi.



"Saya meletakkan beliau bertanggungjawab. Saya fikir beliau melakukan kerja yang baik," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >