Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kambing Australia, paling berbulu di dunia, mati

Oct 22, 2019 | 05:53 PM



SYDNEY - Seekor kambing Australia yang menjadi topik berita pada 2015 kerana berat bulu yang memecahkan rekod, telah mati, menurut tukang jaganya.



Kambing itu yang diberi nama ‘Chris’ dipercayai berusia sekitar 10 tahun, dijumpai mati awal pagi ini (22 Oktober).



Binatang itu dipercayai mati kerana umurnya yang tua, kata Cik Kate Luke, pengasas bersama dan naib presiden Little Oak Sanctuary yang berpangkalan di Canberra, badan amal yang menampung lebih 180 ladang haiwan.



“Kami amat sedih dengan kehilangan seekor rakan yang manis dan bijak. Chris dikenali satu dunia kerana memegang rekod bulu terberat,” menurut Facebook Little Oak Sanctuary.



Pada 2015, Chris dijumpai di sebelah utara kota Canberra, dalam keadaan sukar berjalan kerana bulunya yang berat, yang tidak dipotong lebih dari lima tahun.



Bulu seberat 40.2 kilogram itu dipotong pada 2015, mencapai harga sekitar $563 di pasaran, menjadikan binatang itu kambing terberat secara tidak rasmi, mengalahkan kambing New Zealand ‘Big Bang’ yang membawa bulu seberat 29 kilogram pada 2014. - REUTERS

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >