VIDEO ISIS PAPAR KANAK–KANAK JALANI LATIHAN

Kanak-kanak M'sia turut jadi sasaran IS

SEREMBAN: Kanak-kanak Malaysia turut dijadikan sasaran untuk direkrut menjadi anggota militan yang menamakan kumpulan mereka Negara Islam (IS), yang telah memperluas ideologi pengganasan mereka melampaui golongan muda, menurut bahagian antipengganasan polis negara itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, berkata kecenderungan IS merekrut kanak-kanak menjadi anggotanya adalah tinggi, malah beberapa keluarga Malaysia di Syria terlibat dalam kumpulan itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan