Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Kanak-kanak turut terkorban dalam serangan udara di Damsyik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kanak-kanak turut terkorban dalam serangan udara di Damsyik

Dec 30, 2016 | 02:35 PM

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk beberapa kanak-kanak, maut pada Khamis (29 Dis) dalam serangan udara ke atas wilayah yang dikuasai pemberontak di pinggir bandar Timur Ghouta di Damsyik, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Serangan udara ke atas Arbin, sebuah kawasan di Timur Ghouta, membunuh tiga kanak-kanak dan dua orang dewasa serta mencederakan beberapa lagi, katanya.

Video amatur dikatakan memapar orang dewasa dan kanak-kanak melalui jalan-jalan yang dipenuhi asap dari sebuah sekolah di Arbin selepas salah satu serangan udara tersebut.

Dalam sebuah daripada beberapa video yang disiarkan dalam talian, seorang budak lelaki kelihatan sedang diselamatkan dari runtuhan sebelum dikejarkan ke ambulans.

Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang semakin peningkat pada Khamis di beberapa bahagian Timur Ghouta, kata badan pemantau itu. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3