Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal 'gila-gila' dengan 'roller-coaster' diperkenal pada 2021

Dec 28, 2020 | 11:33 PM



HELSINKI: Dalam kedinginan dan kesuraman Finland serta di tengah-tengah wabak Covid-19, pekerja limbungan kapal di Meyer Turku bekerja keras menyiapkan 'roller coaster' di atas kapal peleseran, yang pertama dibina di dunia.



Tugasan ini kini selesai dengan kapal bernama Mardi Gras yang diberi jolokan "Fun Ship" (Kapal Menyeronokkan) terbesar di bawah Carnival Cruise Lines sudah bersedia belayar di lautan.



Namun, pastinya Mardi Gras perlu menanti berbulan-bulan lamanya sehingga pelancong pertama menaikinya.



Pelbagai soalan masih bermain di fikiran bilakah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat akan membenarkan pelayaran kapal peleseran kembali lagi atau dalam hal Mardi Gras beroperasi semula.



Laman Bloomberg melaporkan, pihak Carnival merancang memulakan operasi pada April depan dengan jadual perjalanan sepanjang minggu di perairan Caribbean. Sasaran yang ditetapkan mungkin hanyalah impian buat masa ini kerana CDC memerlukan semua kapal memohon pengesahan yang belum diputuskan di samping menjalankan ujian pelayaran ke atas kapal peleseran bagi membuktikan ia bersedia untuk menangani situasi wabak Covid-19 dalam pelayaran. 



Terdapat juga isu mengenai penutupan sempadan dan kenyataan bahawa tiada kapal yang meninggalkan pelabuhan kembali tanpa kes Covid-19. Pasti ada kes yang dikenal pasti.



Walau apa pun keadaannya, sama ada Mardi Gras dapat belayar buat julung-julung kalinya dan sama ada Carnival Corp dapat meluputkan kedudukannya sebagai penyebar virus mengganas pada awal pandemik ini, ia pastinya adalah kapal peleseran baru yang gila-gila dan menyeronokkan bagi 2021.



Selain dek kapal dengan 'roller-coaster', kapal bernilai AS$950 juta ($1.26 bilion) itu, yang merupakan kapal seberat 180,000 tan atau 1.5 kali ganda saiz kapal terbesar Carnival - mempunyai dua teater, lima gelongsor air, sebuah luncur keluang (zipline) dan kereta Fiat 1972 yang diletakkan secara  strategik buat rakaman foto Instagram di dalam ruang 'piazza' tertutup.



Ia juga adalah kapal peleseran pertama di Amerika Utara yang bergerak dengan menggunakan cecair gas asli yang mengurangkan bahan karbon berbanding bahan pembakar diesel laut. - Bloomberg



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >