Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Kapal minyak terbakar di perairan Indonesia: Tiga kru dilapor hilang

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Tiga kru dilaporkan hilang apabila sebuah kapal minyak terbakar di perairan pantai wilayah Nusa Tenggara Barat Indonesia pada Ahad, kata seorang penyelamat.



Kapal itu dikendalikan syarikat minyak milik syarikat Indonesia, Pertamina, dan kemalangan itu berlaku tidak jauh dari pantai kemudahan penyimpanan minyak syarikat itu di bandar Mataram, kata Encik Wahyu Efendi, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah.



"Kami menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 3.40 petang waktu tempatan (4.40 petang waktu Singapura). Terdapat 17 orang di atas kapal, dan 14 daripada mereka telah diselamatkan, tetapi tiga lagi masih hilang," katanya, lapor agensi Xinhua.



Dalam insiden kira-kira jam 2.50 petang waktu tempatan itu, baki 14 lagi kru kapal terbabit berjaya diselamatkan, menurut Agensi Pengurusan Bencana Mataram.



Kapal itu dilaporkan terbakar ketika menunggu giliran untuk memunggah bahan api di depoh Pertamina di Ampenan, kata jurucakapnya, Encik Dady Sukmawan.



Media dalam talian memetik beliau sebagai berkata, punca kebakaran masih belum dikenal pasti setakat ini.



Menurut PT Pertamina Patra Niaga bagi Jawa Timur, Bali dan Nusa Tenggara Barat, syarikat PT Pertamina International Shipping telah menggunakan kapal 'MT Christine' untuk mengangkut enam juta liter bahan api ke wilayah berkenaan.



Pertamina Patra Niaga akan memastikan mereka yang terselamat menerima rawatan perubatan sewajarnya, dan kejadian itu tidak akan menjejas bekalan bahan api, kata jurucakapnya, Encik Taufik Kurniawan.



Rakaman di rangkaian televisyen Indonesia Kompas TV menunjukkan api datang dari berhampiran bahagian hadapan kapal dan kepulan asap hitam tebal.



Pada Mei 2020, tujuh orang terbunuh dan 22 cedera apabila kapal tangki minyak mentah Jag Leela terbakar di pelabuhan Belawan di bandar Medan, salah satu pelabuhan paling sibuk di negara itu. - Agensi berita.



INDONESIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >