Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal pemusnah Russia lepaskan tembakan amaran terhadap bot Turkey

Dec 14, 2015 | 10:04 AM



MOSCOW: Sebuah kapal pemusnah Russia di Laut Aegean melepaskan tambakan kecil pada Ahad (13 Dis) untuk mengelakkan perlanggaran dengan sebuah kapal penangkap ikan Turkey, menurut Moscow, sambil menambah ia telah memanggil atase tentera Ankara berhubung kejadian itu.


Insiden tersebut berlaku sedang hubungan antara dua negara itu tegang selepas Turkey menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Russia di sempadan Syria, atas alasan ia memasuki ruang udaranya.


Russia mempertikai alasan Turkey, membawa kepada krisis terbesar dalam hubungan antara dua negara itu sejak Perang Dingin berakhir.


Kementerian Pertahanan Russia berkata pada Ahad kru kapal peronda Smetlivy itu melepaskan tempakan kecil bagi memberi amaran kepada bot Turkey tersebut.


"Walaupun Smetlivy mencuba banyak kali, kru kapal pukat jerut Turkey itu tidak mahu melakukan hubungan radio dan tidak respons terhadap isyarat visual khas," katanya.


Sejurus selepas tembakan itu, kapal Turkey tersebut secara mendadak mengubah haluan tanpa berhubungan dengan kru Russia itu.


Timbalan Menteri Pertahanan Anatoly Antonov kemudian segera memanggil salah seorang atase tentera Turkey, tambah kementerian itu.


Selepas insiden pesawat pejuang Russia ditembak jatuh bulan lalu, menyebabkan kematian seorang juruterbang dan askar yang cuba menyelamatkannya, Mocsow mengenakan sekatan ekonomi terhadap Turkey dan meningkatkan ciri senjata apinya di pangkalan udaranya di Syria.


Turkey telah menegaskan bahawa ia hanya mempertahankan wilayahnya selepas dicerobohi beberapa kali. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >