Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kapal perang China sah sertai latihan maritim pimpinan Amerika

Jun 03, 2016 | 11:51 AM

BEIJING: Tentera laut China akan menghantar lima kapal menyertai satu latihan tentera laut utama yang dihoskan Amerika Syarikat pada musim panas ini, walaupun ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu meningkat berhubung Laut China Selatan.

Latihan Lingkungan Pasifik (RIMPAC), yang dianggap sebagai latihan maritim antarabangsa terbesar di dunia, diadakan setiap dua tahun di Hawaii pada Jun dan Julai.

Pengkritik pentadbiran Obama, termasuk Senator John McCain, berkata Amerika harus mengharam China daripada latihan itu untuk menunjukkan Amerika menentang tindakan ketenteraan Beijing.

Amerika dan sekutunya telah melahirkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pembinaan ketenteraan China, serta tindakannya yang semakin tegas di Laut China Selatan.

Kementerian Pertahanan China, dalam satu kenyataan ringkas pada lewat Khamis (Jun 2), berkata flotilanya, termasuk dua kapal perang dan sebuah kapal hospital, akan mengambil bahagian dalam latihan peluru hidup, antilanun, mencari dan menyelamat serta latihan lain RIMPAC.

Walaupun terdapat ketegangan antara dua negara itu, mereka cuba meningkatkan hubungan pertahanan dan memastikan komunikasi biasa.

China menyertai latihan RIMPAC pada 2014, bersama lebih 20 negara lain, tetapi pegawai pertahanan berkata penyertaannya terhad pada dalam bidang seperti bantuan kemanusiaan dan operasi mencari dan menyelamat. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3