Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal perang AS lintasi Selat Taiwan

Aug 29, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dua kapal perang tentera Laut Amerika Syarikat belayar melalui perairan antarabangsa di Selat Taiwan, tiga pegawai negara itu memberitahu Reuters.



Operasi itu adalah yang pertama sejak peningkatan ketegangan dengan China berhubung lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan.



Dalam satu kenyataan, Tentera Laut Amerika menyatakan laluan itu "menunjukkan komitmen Amerika Syarikat terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka".



Armada Ketujuh Amerika menyatakan dua kapal perang peluru berpandu - USS Antietam dan USS Chancellorsville - melakukan perjalanan rutin semalam "melalui perairan di mana kebebasan pelayaran dan penerbangan laut lepas dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa".



"Kapal ini belayar melalui koridor di selat itu yang melangkaui laut wilayah mana-mana negara," kata satu kenyataan.



"Tentera Amerika Syarikat terbang, belayar, dan beroperasi di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa."



Dalam beberapa tahun lalu, kapal perang Amerika, dan kadangkala dari negara bersekutu seperti Britain dan Canada, secara rutin belayar melalui selat itu, mengundang kemarahan Beijing.



China, yang melihat Taiwan sebagai wilayah pemberontak yang akan disatukan semula, secara paksa jika perlu, melakukan latihan ketenteraan berhampiran pulau itu selepas Cik Pelosi melawat Taiwan pada awal Ogos, dengan latihan itu diteruskan.



Lawatan tersebut menimbulkan kemarahan Beijing, yang melihatnya sebagai percubaan Amerika mahu campur tangan dalam hal ehwal dalaman China.



Pegawai Amerika itu, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, kelmarin berkata kapal perang Chancellorsville dan Antietam itu sedang menjalankan "pelayaran di Selat Taiwan", mengikut undang-undang antarabangsa.



Operasi sedemikian biasanya mengambil masa antara lapan hingga 12 jam untuk diselesaikan dan dipantau rapi oleh tentera China.



Tentera China pula berkata semalam pihaknya memantau perjalanan kapal tentera laut Amerika yang belayar melalui Selat Taiwan itu, mengekalkan kewaspadaan tinggi dan bersedia mengalahkan sebarang provokasi, sambil menambah bahawa Amerika telah "secara terbuka menggembar-gemburkan" laluan dua kapal itu. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >