Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal perang AS ronda dekat pulau buatan China di Laut China Selatan

Oct 27, 2015 | 03:38 PM



WASHINGTON/BEIJING: Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar kapal pemusnah peluru berpandu ke kawasan dekat dengan pulau buatan China di Laut China Selatan pada Selasa (27 Okt), tindakan yang menerima teguran marah dari Beijing, yang berkata ia memberi amaran dan mengikuti kapal itu.


Rondaan oleh kapal USS Lassen itu merupakan satu cabaran paling penting Amerika terhadap had wilayah 12 batu nautika yang China kenakan di sekitar pulau-pulau di kepulauan Spratly, dan boleh mencetuskan ketegangan di salah satu laluan laut paling sibuk di dunia.


Seorang pegawai pertahanan Amerika berkata USS Lassen belayar dalam kawasan 12 batu nautika dari Terumbu Subi.


Seorang lagi berkata misi itu, yang berlaku beberapa jam, merangkumi juga Terumbu Mischief dan yang pertama dalam siri latihan kebebasan belayar yang bertujuan menguji tuntutan wilayah China.


Jurucakap Rumah Putih, Encik Josh Earnest, merujuk sembarang pertanyaan mengenai operasi khusus kepada Pentagon, tetapi berkata Amerika telah menjelaskan kepada China peri penting aliran bebas perdagangan di Laut China Selatan.


Kementerian Luar China berkata "pihak berkuasa relevan" memantau, mengikuti dan memberi amaran kepada USS Lassen kerana ia memasuki secara haram perairan berhampiran pulau-pulau dan terumbu di Spratly tanpa kebenaran pemerintah China. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >