Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal persiaran akhirnya berlabuh di Kemboja setelah ditolak negara lain

Feb 13, 2020 | 12:06 PM



SIHANOUKVILLE: Kapal persiaran yang telah berada di lautan terbuka selama dua minggu setelah beberapa negara menolak permohonannya untuk berlabuh akhirnya tiba di Kemboja hari ini (Khamis, 13 Februari).



Kapal MS Westerdam yang mempunyai 1,455 penumpang dan 802 anak kapal itu tiba di pelabuhan di Sihanoukville, Kemboja, setelah ia tidak dibenarkan berlabuh di negara seperti Jepun, Thailand, Taiwan, Guam dan Filipina kerana ditakuti membawa penumpang yang dijangkiti koronavirus Covid-19.



Penumpang di atas kapal telah menjalani pemeriksaan kesihatan kerap sepanjang perjalanan, menurut Holland America yang mengendalikan kapal tersebut.



Tiada penumpang yang jatuh sakit sewaktu perjalanan.



Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus memuji keputusan Kemboja membenarkan Westerdam berlabuh. Katanya:

"Ini contoh perpaduan antarabangsa yang kami alu-alukan selama ini." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >