Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal persiaran dikuarantin selepas pasangan China disyaki hidapi virus Wuhan

Jan 31, 2020 | 07:50 AM



CIVITAVECCHIA (ITALY): Lebih 6,000 pelancong terperangkap di atas kapal persiaran di Ital selepas kapal itu dikuarantin setelah dua individu disyaki dijangkiti coronavirus. Sampel daripada pasangan warga China itu dihantar menjalani ujian. Ini selepas tiga doktor dan seorang jururawat menaiki kapal milik syarikat perkapalan Costa Crociere di pelabuhan Civitavecchia, untuk merawat seorang wanita yang demam, kata pegawai kesihatan tempatan. Costa Crociere mengesahkan kapal itu, yang membawa kira-kira 7,000 penumpang termasuk anak kapal, dikuarantin. Katanya, seorang wanita berusia 54 tahun dari Macau ‘diasingkan dalam hospital di atas kapal itu semalam bersama temannya,’ mengikut arahan kementerian kesihatan. Costa Smeralda, kapal persiaran utama dan kelima terbesar di dunia, tiba dari Palma de Mallorca dan sedang dalam perjalanan selama seminggu di barat Mediterranean, katanya. Pasangan itu terbang ke Milan dari Hong Kong pada 25 Januari lalu, sebelum menaiki kapal persiaran berkenaan, lapor media Itali. “Percutian ini mungkin berakhir dengan mimpi ngeri,” kata seorang penumpang yang tidak dinamakan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >