Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal tangki Malaysia yang hilang ada di perairan Kemboja

Jun 18, 2015 | 03:28 PM



KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


Beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.


Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu telah ditukar nama dan catnya.


Kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada "Kim Harmon" dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.


Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kesemua krew kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan selamat dan tidak dicederakan.


Bagaimanapun, pihaknya masih tidak dimaklumkan berhubung bilangan penjenayah terlibat, bangsa dan kewarganegaraan mereka.


Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta ($7.55 juta) dilaporkan hilang pada 8.57 malam Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.


Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia.


Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.


Muatan minyak yang dibawa kapal itu dipercayai masih ada. Namun, nasib anak kapal belum dapat dipastikan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >