Kapal-kapal yang masih terkandas akibat dihalang kapal kontena besar, Ever Given yang tersadai akhirnya dapat diuruskan, dengan sebanyak 422 kapal melalui Terusan Suez sejak kapal itu diapungkan semula minggu lalu.
85 kapal terakhir telah melalui terusan itu pada Sabtu (3 April), menurut Penguasa Terusan Suez di Facebook yang ditukil agensi berita, sambil menyifatkan operasi itu sebagai satu pencapaian baru dalam keupayaannya menguruskan kecemasan.
Kapal Ever Given sepanjang 400 meter, yang dimiliki oleh firma Jepun, Shoei Kisen Kaisha, telah tersadai dan tersangkut pada 23 Mac di bahagian selatan terusan itu dan berjaya diapungkan semula enam hari kemudian.
Kerajaan Mesir merancang menuntut ganti rugi bernilai sekitar AS$1 bilion ($1.3 bilion) selepas kapal kontena besar itu menyekat pergerakan di terusan tersebut, yang merupakan antara laluan perdagangan terpenting di dunia.