Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal tersadai di Terusan Suez diharap dapat digerak hari ini

Mar 28, 2021 | 05:30 AM



ISMAILIYA (Mesir): Kerja menggerakkan sebuah kapal kontena yang tersangkut di tengah-tengah Terusan Suez disambung semalam, menurut syarikat Jepun pemilik kapal tersebut, sedang krisis itu memaksa syarikat kapal mencari laluan alternatif bagi meneruskan pelayaran.



Kapal MV Ever Given itu, yang lebih panjang dari empat padang bola sepak, tersangkut dan tersadai, mengadang laluan kapal di kedua-dua arah salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia itu sejak Selasa lalu.



Dalam satu sidang media di Jepun kelmarin, Encik Yukito Higaki, presiden syarikat Shoei Kisen, pemilik kapal itu, berkata tiada tanda kerosakan enjin mahupun perkakasan kapal itu.



"Kapal itu tidak dimasuki air. Tiada masalah enjin. Kami percaya apabila ia berjaya digerakkan, ia boleh meneruskan operasi serta-merta," ujar Encik Higaki.



Beliau menambah bahawa kru yang sedang berusaha menggerakkan kapal itu berharap dapat melakukannya seawal lewat malam tadi.



"Kami sedang meneruskan usaha mengalihkan tanah, dan telah mengerahkan alat mengorek tambahan," ujar Encik Higaki.



Tanda-tanda awal menunjukkan perkembangan positif, dengan pasukan penyelamat elit yang bekerjasama dengan Penguasa Terusan Suez (SCA) berjaya menggerakkan sedikit kapal itu untuk membebaskan kemudinya sekitar 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Singaoura).



Kerja itu digantung untuk menunggu air pasang dengan harapan dapat menggerakkan kapal itu sepenuhnya.



Terusan Suez, yang dikorek lebih 150 tahun lalu, antara laluan perdagangan paling penting di dunia dan menyediakan laluan bagi 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan maritim antarabangsa.



Hampir 19,000 kapal menggunakan laluan itu tahun lalu, membawa kargo lebih satu bilion tan, menurut SCA.



Terusan itu penyumbang penting kepada ekonomi Mesir sejak beberapa tahun kebelakangan, dan negara itu memperoleh pendapatan berjumlah AS$5.61 bilion ($7.55 bilion) daripadanya tahun lalu.



Kerja menggerakkan kapal itu masih dijalankan pada waktu akhbar ini dicetak. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >