SEOUL: Kapten feri Korea Selatan yang karam hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 orang mati dan 274 lain hilang, telah ditangkap dan menghadapi lima tuduhan semalam.
Agensi berita negara itu Yonhap berkata, antara tuduhan yang dihadapi Kapten Lee Joon-seok, 69 tahun, termasuk cuai dalam menjalankan tugas dan melanggar undang-undang maritim.