Kartunis direman polis mahu lancar buku kartun kisah Rosmah
Feb 13, 2015 | 05:30 AM
PUTRAJAYA: Walaupun kini ditahan mengikut Akta Hasutan, kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, bercadang melancarkan sebuah lagi buku kartun - kali ini tertumpu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"ROS di Tanah Kangkong" (RIKL) akan menjadi koleksi kartun Zunar yang hanya boleh dibeli melalui Internet.