Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawalan diperketat ekoran ancaman keganasan jelang perasmian Presiden AS

Jan 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Penjara federal di Amerika Syarikat diletak di bawah kawalan lebih ketat untuk mencegah keganasan dan membenarkan beberapa anggota dikerahkan ke Washington.



Sembang konspirasi dalam talian penuh dengan spekulasi mengenai kehadiran tentera di Washington menjelang perasmian Encik Joe Biden sebagai Presiden Amerika lusa.



Maryland menambah larangan pengangkutan masuk dan keluar dari ibu kota menuju tapak perasmian itu dengan pihak berkuasa mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan kereta api komuter semalam.



Kereta api akan mula beroperasi semula pada hari Khamis.



Biro Penjara Persekutuan mengatakan bahawa pihaknya telah meletakkan institusinya dalam keadaan 'lockdown' "memandangkan peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku di seluruh negara".



"Harapannya adalah tindakan yang bijaksana ini adalah untuk jangka waktu pendek," kata agensi itu, yang menjaga lebih dari 150,000 tahanan.



Ia mengatakan tidak ada peringatan khusus atau insiden penjara yang mendorong keputusan itu, yang disifatkannya sebagai langkah pencegahan.



Sebilangan kakitangan biro, termasuk unit operasi khas yang dilatih untuk bertindak balas terhadap kerusuhan, telah dikerahkan ke Washington dan ditugaskan oleh Perkhidmatan Marshal AS setelah serangan minggu lalu ke atas bangunan Capitol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >