Kawalan keselamatan sekitar kuil di Subang Jaya diperketat, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Kawalan keselamatan sekitar kuil di Subang Jaya diperketat

Dec 19, 2018 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Seramai 392 pegawai polis dikerahkan berjaga-jaga di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman dan pusat perniagaan One City di USJ 25, Subang Jaya, menyusuli kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kelmarin, selepas beliau diserang dalam rusuhan di kuil tersebut bulan lalu.

Menurut pegawai polis di kuil itu semalam, tiga tempat pemeriksaan ditubuhkan di jalan raya menuju ke USJ 25, walaupun satu ditiadakan kemudian bagi memastikan aliran lalu lintas lancar.

Kakitangan polis berkata mereka dikerahkan tengah malam kelmarin selepas berita mengenai kematian Allahyarham Adib, 24 tahun, tersebar.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes itu telah diklasifikasikan semula sebagai pembunuhan daripada percubaan membunuh, menyusuli kematian Allahyarham.

Beliau, 24 tahun, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam, selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam rusuhan di kuil tersebut pada 27 November.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Allahyarham seharusnya menjadi raja sehari hujung minggu ini, dan kad undangan perkahwinan beliau bersama Cik Nurul Najihah Mohd Radzi, 25 tahun, di Kedah tular di media sosial, membuat netizen sebak, lapor Berita HarianMalaysia.

Kelmarin, Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia memaklumkan tahap kesihatan Allahyarham semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur.

Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kemudian mengesahkan Allahayrham meninggal dunia dalam satu sidang media di IJN.

Jenazah Allahyarham diterbangkan ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, dengan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pagi semalam selepas disolatkan di IJN.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir semasa jenazah Allahyarham diterbangkan bagi pengebumian di kampung halaman.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map