Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawalan ketat di rumah mayat KL ekoran berita anak Kim Jong Nam akan kenal pasti mayat

Feb 21, 2017 | 09:33 AM



KUALA LUMPUR - Polis telah meningkatkan keselamatan di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur di tengah-tengah khabar angin bahawa anak Kim Jong Nam, Han Sol, akan muncul untuk mengenal pasti mayat bapanya.

Kakitangan daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), lengkap dengan senjata berkuasa tinggi dan berpakaian gear taktikal penuh, kelihatan berada di rumah mayat pada 1.40 pagi Selasa (21 Feb).

Kakitangan dari pelbagai media masih berkhemah di hadapan rumah mayat sedang polis menanti hasil bedah siasat dan laporan toksikologi mengenai Kim, yang terbunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Isnin lalu.

Anak lelaki Kim berusia 22 tahun itu dilaporkan dalam perjalanan dari Macau ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Terdapat spekulasi beliau menaiki penerbangan AirAsia AK8321 yang tiba pada malam Isnin, tetapi orang-orang dalam penerbangan itu berkata, mereka tidak menyedari kehadirannya. Tiada sebarang tanda-tanda dia di pintu ketibaan.

Kim, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh dua wanita yang menyimbah mukanya dengan bahan kimia di lapangan terbang. Beliau mahu berlepas ke Macau semasa serangan itu. Empat orang setakat ini telah ditangkap. - THE STAR / ASIA NEWS NETWORK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >