Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawasan pantai Penang bakal lalui projek ubah suai RM1 bilion

Dec 28, 2019 | 03:21 PM



GEORGE TOWN: Landskap tepi pantai Penang bakal melalui perubahan apabila bermulanya projek Eastern Seafront Development (ESD) yang bakal menelan belanja RM 1 bilion ($327.6 juta) awal tahun depan.



Salah satu tarikan projek tersebut apabila ia selesai ialah Promenade Walk.



Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Jeffrey Chew berkata, Promenade Walk tersebut akan bermula dari Swettenham Pier di Esplanade hingga Tanjung City Marina.



“Kos dianggarkan sekitar RM 1 bilion. Laluan promenad itu dijangka mula dibina pada suku pertama tahun depan dan projek tersebut dijangka selesai secara keseluruhan pada 2024,” katanya dalam satu temu ramah.



PPC merupakan pemilik tanah sekitar kawasan pantai tersebut selepas Astaka hingga Terminal Bas Pulau Pinang di Weld Quay.



Projek yang terangkum di bawah ESD termasuk peluasan Terminal Pelayaran Sweetenham Pier (SPCT) dan menaik taraf kawasan pengangkutan darat (GTA) termasuk gudang pelabuhan, kelab kapal layar dan Tanjung City Marina. -THE STAR




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >