Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kawasan pemindahan di sekitar loji LG Chem India diperluas selepas kebocoran yang membawa maut

May 8, 2020 | 9:55 AM
Asap keluar dari sebuah loji kimia, tapak kebocoran gas toksik, di Visakhapatnam pada 7 Mei 2020.
Asap keluar dari sebuah loji kimia, tapak kebocoran gas toksik, di Visakhapatnam pada 7 Mei 2020. - EPA-EFE

CHENNAI: Pegawai India memindahkan lebih ramai orang pada Jumaat (8 Mei) dari kawasan sekitar sebuah loji kimia di selatan negara itu yang mengeluarkan gas beracun, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan menyebabkan ratusan lagi sakit. Terdapat kekeliruan sama ada perintah pemindahan lebih luas itu dicetus oleh kebocoran baru di kilang LG Chem di Andhra Pradesh, atau oleh kebimbangan kenaikan suhu di loji itu boleh menyebabkan kebocoran lain. Seorang pegawai kebakaran di distrik Visakhapatnam, Encik N. Surendra Anand, berkata penduduk dalam lingkungan 5 kilometer dipindahkan disebabkan oleh kebocoran baru dari loji itu. Tetapi, LG Chem yang berpangkalan di Seoul berkata pada Jumaat bahawa keputusan meluaskan kawasan pemindahan dari 3.5 kilometer telah diarahkan sebagai langkah berjaga-jaga. "Tidak ada kebocoran kedua dan LG Chem telah meminta polis memindahkan penduduk sebagai langkah berjaga-jaga kerana terdapat kebimbangan bahawa suhu tangki akan meningkat," kata pembuat petrokimia terbesar Korea Selatan itu dalam satu kenyataan. "Kami mengambil langkah-langkah yang diperlukan, termasuk memasukkan air ke dalam tangki." Gas dari styrene, bahan mentah utama di loji itu, bocor semasa awal Khamis, kata pihak berkuasa. Kilang itu sedang dalam proses dibuka semula setelah sekatan beberapa minggu yang dikenakan oleh pihak berkuasa India untuk mengekang penyebaran koronavirus, kata pegawai tempatan dan syarikat tersebut. Difahamkan kebocoran itu berlaku kerana styrene itu telah disimpan buat masa yang lama. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg